Ops.. jangan salah sangka.. menjual diri bukan lah bermaksud menjual maruah diri anda. Menjual diri disini adalah bermaksud mewar-warkan atau memberitahu kepada dunia tentang diri anda dan apa yang anda ada untuk membantu mereka.

Seperti kepakaran anda, ilmu anda, kemampuan anda dan sebagainya. Terdapat banyak peluang perniagaan di internet untuk anda. Maka, tunjukkan perkhidmatan anda yang terbaik untuk mereka yang memerlukan sebagai panduan yang berguna.

Ini adalah salah satu dari 9 sebab untuk anda membuat sebuah Blog. Mari kita lihat lagi 8 sebab mengapa membuat blog.

 

Emosi:

Anda juga boleh membuat sebuah blog khusus untuk anda melepaskan emosi anda. Tak kisah perasaan marah, kecewa, benci, suka, gembira, terkilan dan sebagainya.

Dengan ini mungkin tekanan anda akan berkurangan. Mungkin kesannya sedikit tetapi pasti ada. Sekiranya ada komen yang membina sudah tentunya anda lebih bersemangat kan? Secara tak langsung dah jadi blog untuk terapi emosi hehe..

 

Ekonomi:

Ini adalah sebab yang paling glamor dimana para IM sering memperkatakan tentang buat duit dengan blog dan ada juga ingin jadi jutawan blog. Boleh ker? Betul ke?

Mungkin ada yang terjebak dan kecewa kerana gagal menghasilkan duit. Sebenarnya, blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga. Ianya bukan semudah yang anda fikirkan. Anda perlu berfikir sebagai ahli perniagaan. Perlu ada perancangan dan ilmu didalam bidang-bidang yang berkaitan.

Percayalah! Jangan kata menjadi jutawan blog, malah anda boleh jadi lebih dari itu lagi jikalau kena gayanya. Yang penting matlamat anda ialah berkongsi dan berniaga bukan cetak duit!

Diari:

Ada juga individu yang membuat blog sebagai diari seharian. Mereka menulis setiap peristiwa yang berlaku didalam kehidupan mereka. Mereka mencatatkan setiap memori untuk dijadikan kenangan dan pengajaran untuk dimasa akan datang.

Saya sendiri bila membaca diari yang lepas-lepas sekurangnya boleh membantu untuk saya merancang perjalanan hidup seterusnya. Yang indah kita jadikan kenangan, yang hitam kita jadi pengajaran. Ada juga ibubapa yang membuat blog untuk anak mereka sejak anak mereka dilahir, merakam dan menyimpan gambar perkembangan anak mereka…menarik kan?

 

Benchmark:

Ini diantara fungsi yang besar juga untuk berblog. Blog boleh digunakan sebagai ‘kayu pengukur’ dimana anda boleh mengetahui dimana kedudukan anda sekarang.

Apakah ada perbezaan dengan 2,3 tahun lepas atau anda masih ditakuk yang sama. Adakah diri anda lebih baik dari 2 atau 3 tahun lepas? Anda tentukan sendiri..

 

Portfolio:

Sesetengah blogger akan menghantar post yang berkaitan dengan kerja atau minat mereka atau juga hobi mereka. Mereka akan menceritakan pelbagai info yang menarik dan up-to-date.

Kepakaran mereka terserlah didalam bidang masing-masing dengan menghantar post-post yang menarik di blog mereka. Mungkin secara tak langsung di zaman online ini, mereka boleh menggunakan blog mereka sebagai bukti hasil dari kerja mereka sekiranya ada mana-mana syarikat yang memerlukan khidmat mereka tanpa menghantar lain-lain dokumen.

 

Kenalan:

Ini adalah antara satu sebab lagi kenapa mereka membuat blog. Tujuan mereka hanya ingin mencari kenalan baru dan mencari seberapa ramai yang boleh. Mana yang mahir dalam berbahasa inggeris, mereka akan mencari kenalan di seluruh dunia.

Wah.. seronok juga kan? Bak kata perpatah berkawan biar beribu bermusuh jangan sekali. Malah kenalan mereka makin bertambah dari hari ke hari. Yang penting anda enjoy dan tidak melampaui batas.

 

Minat:

Kadang kala didunia sebenar ada yang tidak mendapat tempat untuk menyalurkan minat atau bakat mereka. Jadi, blog lah platform yang paling sesuai untuk sesiapa saja yang ingin meluahkan atau mempertengahkan bakat atau minat mereka.

Walaupun mungkin tiada siapa yang komen pada mulanya, sekurang-kurangnya ia dapat memuaskan hati anda sendiri. Just do it guys..

 

Ilmu:

Walaupun saya menulisnya untuk sebab yang terakhir diantara 9 sebab, tetapi inilah sebab utama yang terbaik untuk anda mempunyai blog. Berkongsi ilmu.

Setiap orang mempunyai ilmu, kepakaran dan pengetahuan yang berbeza diantara satu sama lain. Alangkah baiknya kalau kita dapat berkongsi bersama dengan teman-teman seperjuangan.

Jikalau anda seorang doktor, anda boleh menghantarkan tip-tip mengenai kesihatan. Jikalau anda seorang pakar membaiki komputer, anda boleh menghantar tip-tip mengenai membaiki komputer dan macam-macam lagi yang boleh dikongsikan dengan cara di blog sahaja. Menyampaikan ilmu pun adalah satu perkara yang amat baik.

Ia dipanggil ‘residual pahala’. Pendapatan yang tiada penghujungnya selagi manusia menggunakan ilmu yang anda berikan insyaAllah.. Jadi, sudi-sudi lah berkongsi ilmu dengan saya.

Inilah 9 sebab untuk anda membuat blog yang dapat saya coretkan. Mungkin anda mempunyai sebab selain dari apa yang saya sebutkan tadi. Jika ada, harap anda dapat kongsikan bersama-sama.

Bagi pembaca yang masih tidak mempunyai blog sendiri, mulakan hari ini kerana tiada ruginya anda membuat blog.